Thursday, November 24, 2022

LAMAN UTAMA

 


MPU 23052

SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM


NAMA PENSYARAH :

USTAZAH ALINAWATI BT AB. AZIZ @ KAMARULZAMAN


DKA2D

KUMPULAN 2


1) SAYED MOHAMMAD ARIF DANIAL BIN SAYED MOHAMMAD AZRI

04DKA21F2028



2) AHMAD DANIEL BIN ONN @ ANI

04DKA21F2024



3) MUHAMAD HAMZI BIN AZMAN

04DKA21F2012



4) WAN MUHAMAD AZRUL BAHRIN BIN WAN ABDUL AZIZ

04DKA21F2044





 AYAT AL-QURAN DAN HADIS BERKAITAN ARAK


i)  Ayat pertama diturunkan dari Surah al-Baqarah (سورة البقرة) ayat 219:

 

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِنْ نَفْعِهِمَا وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ (٢١٩)

 

Ertinya: Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya. Dan mereka bertanya pula kepadamu: Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)? Katakanlah: (Dermakanlah apa-apa) yang berlebihan dari keperluan (kamu). Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir.


ii) Kemudian turun ayat 43 dari Surah al-Nisa’ (سورة النساء):

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَقْرَبُوا الصَّلاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلا جُنُبًا إِلا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّى تَغْتَسِلُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا (٤٣)

 

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.

 

iii) Kemudian ayat terakhir turun perintah Allah secara mutlak pada ayat 90 dari Surah al-Maidah (سورة المائدة):

 


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأنْصَابُ وَالأزْلامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (٩٠)

 

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.


كُلُّ شَرَابٍ أَسْكَرَ فَهُوَ حَرَامٌ

Maksudnya: “Semua yang memabukkan adalah haram.”

Riwayat Bukhari (5263) dan Muslim (2001)



 يَشْرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِى الْخَمْرَ يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا

 Maksudnya: “Demi sesungguhnya manusia di kalangan umatku akan minum arak yang mereka menamakannya dengan nama yang lain.”

Riwayat Abu Daud (3688) dan Ibn Majah (4020)



مَا أَسْكَرَ كَثِيرُهُ فَقَلِيلُهُ حَرَامٌ

Maksudnya: “Apabila benda yang banyak memabukkan, maka yang sedikit pun adalah haram.”

Riwayat Abu Daud (368), al-Tirmizi (1866) dan Ibn Majah (3393)



كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ مَا أَسْكَرَ الْفَرَقُ مِنْهُ فَمِلْءُ الْكَفِّ مِنْهُ حَرَامٌ

Maksudnya: “Setiap yang memabukkan adalah haram, sesuatu yang kadarnya satu faraq (فرق) boleh memabukkan, maka segenggam daripadanya pun haram.”

Riwayat al-Tirmizi (1867) dan Abu Daud (2687)



جْتَنِبُوْا الخَمْرَ فَإِنَّهَا مِفْتَاحُ كُلِّ شَرٍّ

Maksudnya: “Hendaklah kamu menjauhi arak, sesungguhnya arak kunci segala kejahatan.”

Riwayat al-Hakim (4/145)


اجْتَنِبُوا الْخَمْرَ فَإِنَّهَا أُمُّ الْخَبَائِثِ

Maksudnya: “Hendaklah kamu menjauhi arak kerana ia punca segala kejahatan dan kerosakan.”

Riwayat al-Nasaie (8/315)



نَّ عَلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ عَهْدًا لِمَنْ يَشْرَبُ الْمُسْكِرَ أَنْ يَسْقِيَهُ مِنْ طِينَةِ

 الْخَبَالِ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، وَمَا طِينَةُ الْخَبَالِ؟ قَالَ: عَرَقُ أَهْلِ

النَّارِ أَوْ عُصَارَةُ أَهْلِ النَّارِ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menjanjikan azab kepada peminum arak dengan minuman lumpur kebinasaan (طينة الخبال). Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah lumpur kebinasaan itu?” Baginda menjawab: “Peluh penghuni neraka atau perahan ahli neraka.”

Riwayat Muslim (2002)


كَانَ يَضْرِبُ فِى الْخَمْرِ بِالْجَرِيدِ وَالنِّعَالِ أَرْبَعِينَ

Maksudnya: “Nabi SAW menyebat peminum arak sebanyak 40 kali sebatan dengan pelepah tamar dan selipar.”

Riwayat Muslim (1706)



SUMBER AL-QURAN


Merujuk kepada sejarah pengharaman arak dalam Islam, didapati pengharamannya dilakukan secara berperingkat-peringkat sebelum ianya diharamkan sepenuhnya.Pengharaman arak secara berperingkat-peringkat bertujuan memelihara masalah umat pada masa tersebut di mana ketika itu minuman arak telah menjadi adat dan minuman tradisi masyarakat Arab Jahiliyyah yang sukar untuk ditinggalkan secara sekaligus. Jika pengharamannya dilakukan secara drastik, kemungkinan umat Islam pada masa itu tidak dapat mentaati larangan Allah SWT dan pengharamannya tidak dapat dicapai.Menurut Abdul Latif Muda (1997), arak diharamkan dalam tiga peringkat.Pada peringkat pertama, Al-Quran telah membicarakan tentang keburukan arak melebihi faedahnya. Walaupun begitu, dengan turunnya ayat yang menyatakan hal tersebut, para sahabat yang warak sudah mula meninggalkannya. Mereka banyak bertanya kepada Rasulullah SAW tentang arak dan ini disebutkan dalam firman Allah SWT

  PENDAHULUAN


        Arak merupakan salah satu daripada perkara yang diharamkan oleh Allah secara jelas dalam Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. 

        Pemakaian istilah arak dalam bahasa Arab atau bahasa al-Quran dikenali sebagai alkhamr. Manakala dalam penggunaan bahasa Inggeris , ia di sebut alcoholic beverages . Arak dari segi bahasa ialah menutup, dimaksudkan menutup adalah sesuatu yang menutup akal dan memabukkan yang dihasilkan daripada perahan anggur dan lain-lain. Manakala menurut Ibn Manzur, arak bererti campuran

        Dalam erti kata lain, arak merupakan setiap minuman yang memabukkan kerana ianya menutup akal atau menghilangkan kewarasan akal .


 TITIK PERTEMUAN ANTARA HASIL KAJIAN SAINS DAN HUKUM ISLAM YANG MEMBUKTIKAN KEBENARAN ISLAM



Berdasarkan dari kajian saya, titik tengah yang boleh dipersetujui antara hasil kajian sains dan menurut islam adalah terlalu banyak kesan buruk yang mampu memudaratkan diri oleh kerana arak mampu merosakkan tubuh badan. Oleh itu, seperti mana allah S.W.T telah berfirman bahawa makanan atau minuman yang mampu memudaratkan diri adalah HARAM di sisi islam dan amat dibenci oleh-Nya.


 KAJIAN SAINS BERKAITAN ARAK


KESAN KEPADA OTAK

 

Pada asasnya selepas diminum, alkohol akan meresap dari usus kecil ke dalam darah.  Alkohol terus dibawa ke jantung yang kemudiannya mengepam darah beralkohol tadi ke seluruh tubuh. Dari sini ia terus meresap ke dalam otak dan seterusnya ke urat saraf.


Otak merupakan salah satu organ penting yang dimiliki oleh manusia kerana otaklah yang mengawal segala pergerakan dan perlakuan seseorang dan dengan kemasukan bahan asing ini ke dalamnya ia akan mempengaruhi pergerakan dan kelakuan peminumnya.


Di sini, alkohol menyebabkan penindasan kawasan-kawasan yang biasanya mengawal maruah dan disiplin diri sehingga peminum mula merasa kurang sifat malu, fikiran bercelaru, dan pergerakannya pula agak tidak terkawal.

Peminum juga kurang keupayaan dari segi belajar, membentuk idea spontan, menumpukan fikiran, dan membuat pertimbangan yang teliti. Semakin banyak jumlah alkohol yang diminum semakin kuat otak tertindas sehinggakan boleh menyebabkan tidak sedarkan diri dan seterusnya kematian.

 


KESAN KEPADA HATI

 

Kesan alkohol yang paling bahaya adalah kesan pada hati. Setiap kali seorang peminum meminum alkohol, hati akan mengalami kecederaan (mendapat luka). Sel hati akan mati dan menjadi parut.


Parut ini akan mengurangkan kemampuan hati untuk berfungsi dengan sempurna. Parut yang serius akan menyebabkan hati tidak dapat berfungsi langsung. Keadaan ini disebut sirosis hati dan boleh membawa maut.




KESAN KEPADA PERUT

 

Alkohol juga menyebabkan kerengsaan perut (gastritis) yang akhirnya boleh membawa kepada ulser. Bagi mereka yang memang menghidapi ulser perut, sakitnya akan menjadi semakin teruk.



KESAN KEPADA SARAF

 

Kerosakan saraf boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke-Korsakoff dan kerosakan sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada komplikasi psikiatri. Peminum boleh mengalami halusinasi pendengaran, amnesia, paranoia, kemurungan, dan kecenderungan membunuh diri.


 KEBURUKAN ARAK MENGIKUT ISLAM

  • Pengharaman arak dan kesan buruk akibat mengambilnya telah dijelaskan dalam ayat-ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. lebih 1400 tahun dahulu. Antara kesan-kesannya yang disebut ialah berpaling daripada ketaatan kepada Allah seperti meninggalkan solat dan berani melakukan maksiat, boleh menghilangkan akal, serta menyebabkan kebencian dan permusuhan.
  • Ayat-ayat Al Quran tentang pengharaman arak diturunkan dalam 4 peringkat dengan mengambilkira orang-orang yang masuk Islam ketika itu masih lagi kurang imannya dan agak sukar melepaskan tabiat kegemaran mereka ketika Jahiliyah.
  • Tahap pertama mengatakan tentang adanya kandungan alkohol dalam anggur (An Nahl: 67), tahap kedua menyatakan tentang mudharat minum arak lebih besar daripada manfaatnya (Al Baqarah: 219), tahap ketiga pula tentang larangan melakukan solat ketika mabuk (An Nisaa’: 43) dan tahap keempat ialah penetapan terus pengharaman arak (Al Maidah: 90).

 HUKUM ISLAM BERKAITAN ARAK


MENJAGA AGAMA

  • Orang yang beriman dan patuh pada suruhan agama, dia tidak akan sesekali mencuba mendekati bahkan meminum arak.
  • Arak akan mencemarkan imej dan peribadi seseorang yang beragama Islam. Jelas-jelas Islam melarang umatnya meminum arak. Arak juga akan menjejaskan dan menghalang daripada kualiti solat seseorang.
  • Bayangkan jika solat dalam keadaan mabuk, ia akan menganggu fokus dan menyebabkan kehilangan akal yang waras. Serta terlupa rakaat, tersilap bacaan dan merosakkan solat.

 

MENJAGA TUBUH BADAN


  • Menurut laporan di beberapa buah negara Eropah, mereka mengakui bahawa di hospital-hospital bagi setiap tiga buah katil terdapat satu katil yang diduduki oleh pesakit yang disebabkan arak. Ini bermakna satu pertiga pesakit-pesakit di hospital tersebut adalah berpunca dari arak.
  • Selain itu, arak boleh menyebabkan kerosakan hati. Penyakit ini lebih banyak menimpa kepada orang yang ketagih arak berbanding orang lain pada kadar 6 atau 8 kali ganda. Bukan itu sahaja, ia juga menyebabkan saluran darah tersekat.
  • Terbuktilah bahawa arak menyebabkan banyak masalah dan penyakit kepada tubuh badan. Oleh itu, pengharaman arak menjadi antara satu langkah awal yang tepat untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita daripada penyakit yang berbahaya.


MENJAUHI PEMBAZIRAN

  • Meminum arak akan menyebabkan banyak kerugian dan pembaziran. Ketagihan yang melampau akan memberi kesan kepada kewangan.
  • Sebuah majalah di Britain menganggarkan bahawa kerugian kewangan akibat alkohol dari segi masalah perubatan adalah 640 juta pound dalam setahun. Kerugian keseluruhan akibat daripada minuman memabukkan dianggarkan sebanyak 20,000 juta pound sterling dalam setahun.
  • Menurut sebuah buku mengenai perubatan pula melaporkan masalah di Amerika, bahawa kerugian negara Amerika akibat kekurangan produktiviti dan kehilangan pekerjaan akibat minuman arak melebihi 71 juta dolar setahun.
  • Inilah hikmahnya Allah mengharamkan arak. Arak telah menyebabkan pelbagai kesan buruk yang akan menjejaskan sesebuah negara. Sesungguhnya Allah tahu mana yang baik untuk hambaNya.

 

MENJAGA KESELAMATAN DIRI,KELUARGA DAN MASYARAKAT

  • Akal akan menjadi tidak waras apabila arak diminum dalam jumlah yang tertentu. Disebabkan itu, sesetengah tingkah laku dan perbuatan dilakukan tanpa sedar dan tidak terkawal.
  • Banyak kesan buruk yang akan menimpa keluarga dan masyarakat khususnya. Penderaan isteri dan anak-anak, kes rogol, kes kemalangan yang boleh membawa maut dan pelbagai kesan yang membimbangkan. Menurut sebuah buku bertajuk Safe Food mengatakan bahawa:

  1. Satu pertiga dari kemalangan jalan raya berpunca daripada arak.
  2. Satu perlima dari pencabulan seksual atas kanak-kanak adalah disebabkan arak.
  3. Satu perdua daripada korban kebakaran adalah disebabkan arak.Oleh itu, janganlah sesekali teringin untuk mencuba minuman yang memabukkan ini. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada si peminum, malah kepada keluarga, masyarakat dan bahkan negara turut menerima tempiasnya.

 RUJUKAN


  1. Keindahan Islam - Hikmah-Hikmah di Sebalik Pensyariatan (Penterjemah : Dr. Abdul Basit Abd. Rahman)
  2. Al-Quran dan terjemahan.

 KESIMPULAN



Allah S.W.T telah memberi akal kepada kita untuk berfikir dan membuat pilihan yang bijak dan betul. Dengan akal yang sihat, kita dapat mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk kepada kita. Maka, gunakanlah akal dengan sebaiknya.

 

Jelaslah segala bukti dan fakta yang disampaikan sudah cukup untuk membuatkan kita yakin dengan pengharaman arak ini. Allah sayang akan hambaNya dan Dia melarang kita dari masuk ke dalam kebinasaan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



LAMAN UTAMA

  MPU 23052 SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM NAMA PENSYARAH : USTAZAH ALINAWATI BT AB. AZIZ @ KAMARULZAMAN DKA2D KUMPULAN 2 1) ...