Thursday, November 24, 2022

 HUKUM ISLAM BERKAITAN ARAK


MENJAGA AGAMA

  • Orang yang beriman dan patuh pada suruhan agama, dia tidak akan sesekali mencuba mendekati bahkan meminum arak.
  • Arak akan mencemarkan imej dan peribadi seseorang yang beragama Islam. Jelas-jelas Islam melarang umatnya meminum arak. Arak juga akan menjejaskan dan menghalang daripada kualiti solat seseorang.
  • Bayangkan jika solat dalam keadaan mabuk, ia akan menganggu fokus dan menyebabkan kehilangan akal yang waras. Serta terlupa rakaat, tersilap bacaan dan merosakkan solat.

 

MENJAGA TUBUH BADAN


  • Menurut laporan di beberapa buah negara Eropah, mereka mengakui bahawa di hospital-hospital bagi setiap tiga buah katil terdapat satu katil yang diduduki oleh pesakit yang disebabkan arak. Ini bermakna satu pertiga pesakit-pesakit di hospital tersebut adalah berpunca dari arak.
  • Selain itu, arak boleh menyebabkan kerosakan hati. Penyakit ini lebih banyak menimpa kepada orang yang ketagih arak berbanding orang lain pada kadar 6 atau 8 kali ganda. Bukan itu sahaja, ia juga menyebabkan saluran darah tersekat.
  • Terbuktilah bahawa arak menyebabkan banyak masalah dan penyakit kepada tubuh badan. Oleh itu, pengharaman arak menjadi antara satu langkah awal yang tepat untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita daripada penyakit yang berbahaya.


MENJAUHI PEMBAZIRAN

  • Meminum arak akan menyebabkan banyak kerugian dan pembaziran. Ketagihan yang melampau akan memberi kesan kepada kewangan.
  • Sebuah majalah di Britain menganggarkan bahawa kerugian kewangan akibat alkohol dari segi masalah perubatan adalah 640 juta pound dalam setahun. Kerugian keseluruhan akibat daripada minuman memabukkan dianggarkan sebanyak 20,000 juta pound sterling dalam setahun.
  • Menurut sebuah buku mengenai perubatan pula melaporkan masalah di Amerika, bahawa kerugian negara Amerika akibat kekurangan produktiviti dan kehilangan pekerjaan akibat minuman arak melebihi 71 juta dolar setahun.
  • Inilah hikmahnya Allah mengharamkan arak. Arak telah menyebabkan pelbagai kesan buruk yang akan menjejaskan sesebuah negara. Sesungguhnya Allah tahu mana yang baik untuk hambaNya.

 

MENJAGA KESELAMATAN DIRI,KELUARGA DAN MASYARAKAT

  • Akal akan menjadi tidak waras apabila arak diminum dalam jumlah yang tertentu. Disebabkan itu, sesetengah tingkah laku dan perbuatan dilakukan tanpa sedar dan tidak terkawal.
  • Banyak kesan buruk yang akan menimpa keluarga dan masyarakat khususnya. Penderaan isteri dan anak-anak, kes rogol, kes kemalangan yang boleh membawa maut dan pelbagai kesan yang membimbangkan. Menurut sebuah buku bertajuk Safe Food mengatakan bahawa:

  1. Satu pertiga dari kemalangan jalan raya berpunca daripada arak.
  2. Satu perlima dari pencabulan seksual atas kanak-kanak adalah disebabkan arak.
  3. Satu perdua daripada korban kebakaran adalah disebabkan arak.Oleh itu, janganlah sesekali teringin untuk mencuba minuman yang memabukkan ini. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada si peminum, malah kepada keluarga, masyarakat dan bahkan negara turut menerima tempiasnya.

No comments:

Post a Comment

LAMAN UTAMA

  MPU 23052 SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM NAMA PENSYARAH : USTAZAH ALINAWATI BT AB. AZIZ @ KAMARULZAMAN DKA2D KUMPULAN 2 1) ...